Langkah kakinya mula dihentak geram. Walaupun dia masih mengikut langkah lelaki dihadapannya namun dalam diam dia memberontak. Sudah hampir dua jam mereka hanya merayau tanpa arah tujuan di dalam pusat beli belah itu. ‘Takkan tak beli apa-apa tapi nak terus belah, tu bukan beli belah tu. Dah la kaki aku dah sakit ni dan tekak pun dah haus.’ Omel Awatif sendirian.
Ijmal hanya tersenyum meleret melihat gelagat Awatif itu, sengaja dia ingin mendengar Awatif bersuara dahulu. Langkahnya diperlahankan dan tiba-tiba dia menghentikan langkahnya. Awatif yang mengekori rapat tidak sempat memberi signal, manakala brek emergencynya pula seperti tidak berfungsi lalu badannya melanggar badan Ijmal dari belakang. Ijmal menseriuskan mukanya.
“Sorry…” Ujar Awatif sambil tersenyum kelat.
“Sorry je?” Ijmal sengaja bermain api sedangkan hatinya begitu gembira apabila Awatif mula bersuara.
‘Amboi-amboi ni dah lebih ni. Sudahlah dari tadi asyik pusing tempat yang sama je, sampai naik kematu kaki aku. Aku cakap sorry pun okey la tu, tu pun bukan silap aku.’ Awatif mengetapkan bibirnya menahan marah. Ijmal menahan tawanya dari meletus.
“So?”Ijmal masih mahu bermain api.
“So? Amboi cik abang.. dah bawa anak dara orang pergi shopping ni tak pandai-pandai nak cepat ke? Dah la sejak dari tadi asyik pusing tempat yang sama je, naik kematu kaki saya tau tak? Lepas tu bukan nak belikan air or belanja saya makan, ada awak tanya saya dah breakfast ke belum.. tak ada kan dan tak payah tanya sebab jawapannya memang belum, dan sekarang apa motif awak hanya pandang saya dari bawah ke atas? Ada mamat yang nak kena masuk…”
Belum sempat Awatif menghabiskan ayat terakhirnya Ijmal pantas menutup mulutnya. Tangannya ditarik pantas, dia memandang kesekeliling takut rmai yang menonton gelagat mereka dan mujurlah ketika itu pusat beli belah itu tidak dikunjungi ramai. Ijmal menarik tangannya sehingga kedepan kaunter pesanan McDonald.
“Sayang nak makan apa?”Awatif hanya memandang pelik muka sahabatnya itu. Ijmal yang menyedari reaksi kaku daripda Awatif pantas membuat pesanan. Selepas mendapat apa yang dipesan dia mengatur langkah kea rah meja yang agak tersorot.
Ijmal memulakan suapan namun Awatif masih mendiamkan diri. Masih pelik dengan gelagat Ijmal. Tiba-tiba Ijmal menghentikan suapan lalu memandang kearah Awatif. Awatif menghantar pandangan dengan satu pertanyaan kearah Ijmal. Ijmal tidak mempedulikan pertanyaan itu lalu tangannya pantas menghulurkan separuh daripada nugget yang sudah digigitnya ke mulut Awatif. Awatif pantas mengigit separuh sehingga tinggal suku sahaja.
“Kata tadi lapar tak breakfast lagi, dah tu kenapa tak makan. Ke Atif nak Mal suapkan semua?” Akhirnya Ijmal bersuara namun kata-katanya itu membuatkan Awatif diserbu perasaan malu.
“Eh, mana ada.. nak makan la nie.” Dengan pantas Awatif menarik gelas air pepsi dan nugget yang ada di hadapannya itu tanpa menyedari nugget itu sudah separuh dimakan oleh Ijmal dan air itu adalah air Ijmal.
“Kalau ye pun taknak Mal suap, jangan la ambil makanan yang Mal dah makan dan air yang Mal dah minum…” Ijmal yang masih tersenyum dengan situasi tadi lantas menghamburkan ketawa lantang apabila melihat Awatif mula tersedak.
“Eh, ye ke?” Awatif mula menggelabah dengan keadaan itu, namun sedar apabila dirinya kali ini sengaja diusik walaupun insiden itu sudah kerap berlaku membuatkan dirinya mengetap bibir melepaskan geram.
“Mal….”
Dengan sisa tawa yang masih bersisa Ijmal sengaja mengusik hati gadis itu.
“Ya sayang?? Nak Mal suapkan lagi ke?”
Usikan Ijmal itu mendapat tumbukan padu daripada Awatif kebahunya. Tindakan spontan Awatif tidak sempat dielak menyebabkan dirinya mengaduh kesakitan.
“Ala , sayang nie kasar sangat la. Nanti siapa tahu nak memperisterikan sayang.”
“ You kan ada darling.” Jawab Awatif pantas dengan keatawa lucunya.
“Haah, ye la kan . So you kena janji dengan I yang you akan setia dengan I sampai bila-bila.” Ijmal sengaja memerangkap Awatif.
“I’ll darling.” Ujar Awatif dengan bersungguh-sungguh tanpa kesungguhan dihati.
“I take it as your promise cause I really love you sayang.” Ijmal rasa saat ini merupakan saat terbaik untuk dia melafazkan perasaan hatinya.
“Yeah you can take this as my promise and I love you too darling…” ucapnya bersahaja namun tiba-tiba dia menyedari sesuatu lantas muka Ijmal dipandangnya lama. Dua kali kalimah itu didengarinya dari mulut jejaka itu dan tanpa diduga dia turut melafazkan rasa hatinya juga. Wajah Ijmal ketika itu menggambarkan bertapa seriusnya dirinya saat ini.
“Mal..”
“No, you have promise this and I kept this promise forever.” Ujar Ijmal tegas.
“Tapi Mal kita tak tahu apa yang mendatang dan semalam Tini ada bagitahu Atif yang Mal nak fly keluar Negara, tempat tu jauh Mal.. boleh ke kita bertahan.” Tiba-tiba dadanya diselubungi perasaan sebak. Semalam air matanya telah tumpah buat lelaki itu dan dia bertekad tidak untuk hari ini.
“Sayang.. Mal akan tetap setia dan lebih improvekan diri Mal supaya jadi yang lebih baik untuk Atif kalau itu yang Atif risaukan.” Janji Ijmal penuh azam.
“Bukan macam tu, Atif ni yang tak layak untuk Mal. Atif ibarat pipit dan kalau nak digandingkan dengan Mal, Mal ibarat enggang, kita tak boleh bersama Mal.” Awatif mula mengutarakan hakikat yang patut disedari oleh temannya itu.
“Nampaknya Atif masih tak kenal hati budi keluarga Mal. Kami tak pandang semua itu Atif, harta kekayaan boleh ditarik bila-bila aje.. please promised me that you will waited for me, I’m know since yesterday that you also and already fall in love with me too, right sayang?” Ijmal pantas mengenggam jemari Awatif dengan penuh harapan.
Awatif terpaksa mengakui kata-kata lelaki itu namun dia masih sangsi dengan janji manusia dan sikap manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Namun genggaman Ijmal pada tangannya dibalas.
“Dear, jangan muka monyok macam ni, ok kalau atif tak percaya kita kawan macam dulu ok, dah-dah jom makan.. dah sejuk nie.” Ijmal menyuapkan cubitan ayam goreng McD ke mulut Awatif. Awatif tidak tahu apa yang patut dilakukan namun mulutnya dibuka jua untuk menerima suapan daripada orang yang di sayanginya itu.
“Dah sudah ke? Mal tak beli lagi barang yang Mal nak beli nie.. jom boleh kita pergi sekarang?” Pertanyaan daripada Ijmal hanya dijawab dengan anggukan.
“Kita nak ke mana ni?” Ijmal mengisyaratkan supaya Awatif hanya mengekorinya. Tiba-tiba Ijmal melangkah masuk ke Habib Jewels. Awatif terpinga-pinga dengan gelagat Ijmal itu.
“Cantik tak?” Tiba-tiba Ijmal memakaikan seuntas rantai kelehernya. Rantai yang emas putih yang berloketkan angsa kecil begitu memikat hatinya. Awatif hanya mengangguk. Ijmal tersenyum puas lalu dia menjelaskan bayaran baki rantai yang telah lama ditempah itu.
“Mal nak Atif tahu, hal tadi Mal serius, Mal tahu kita masih muda, tapi Mal bukan nak kita bersatu sekarang tapi dalam lima atau tujuh tahun akan datang. Andai betul jodoh kita kuat dan hati Atif tetap pada Mal, suatu hari nanti Mal nak masa Mal jumpa Atif, Atif masih memakai rantai ini.. tu maknanya Atif masih setia pada Mal, andai tidak Mal faham keputusan Atif.” Kata-kata daripada Ijmal dipahat dalam hatinya dalam diam. Awatif turut berdoa semoga jodoh mereka panjang.
“Insya-Allah..” Awatif kehabisan kata-kata. Namun hanya satu perkataan itu merupakan satu jawapan yang amat melegakan buat Ijmal. ‘Ya ALLAH, Engkau panjangkanlah jodoh kami.’ Ijmal berdoa sungguh-sungguh dalam hati. Aku akan berubah menjadi lelaki yang dapat mempertahankan gadisku, menjadi lelaki yang selalu didambakan gadisku dan lelaki tegap dan beriman hanya untuk gadisku; Hawa Awatif Harun Anif.
No comments:
Post a Comment