weLcOMe!!

..MenerOka FantaSi SyazwInA..


Thursday, May 19, 2011

start my imagination wif sum ideas.. RAHSIA CINTA

1



“Haiiyyyaaa!!!”
     Tanpa teragak-agak Hawa Awatif melayangkan satu tendangan tepat mengenai perut lelaki itu. Tertunduk-tunduk lelaki itu menahan sakit. Melihat lelaki itu yang kesakitan Hawa Awatif tanpa berlengah lagi melarikan diri.
     ‘Rasakan, ada hati nak sentuh-sentuh aku, tu dah kes raba tu..’ Hawa Awatif mengomel seorang diri. Tapi perasaannya mula tidak enak. ‘Erm.. betul ke lelaki tadi nak ambil kesempatan erk?? Entah-entah dia nak tumpang tanya ke apa ke? Kalau betul la dia nak minta tolong aku dah bersalah padanya..’ Hati Hawa Awatif yang sedia lembut itu mula berfikir dari sudut positif. ‘Tapi kalau betul pun nak tanya tak boleh ke just tegur dan tak pegang-pegang.’ Satu bisikan di satu sudut kecil dihatinya pula bergema. Tanpa mempedulikan bisikan itu lagi, Hawa Awatif melajukan langkah ke sekolah. Jam ditangan dipandang sekilas.
     “Alamak! Dah betul-betul lambat ni.” Kakinya pantas melangkah kearah kerusi batu berhampiran padang. Apabila kelibat manusia yang dicari diketemui lantas tanpa salam dan sapaan punggungnya dilabuhkan bersebelahan manusia itu.
     “Oit, hantu duduk sebelah aku!”
     Haikal Ijmal memasamkan lagi wajahnya itu. Sudahlah hampir sejam dia menunggu kedatangan Hawa Awatif, dah sampai bukannya nak bagi salam ke apa, ni terus duduk. Gelak sakan pula tu sebab dengar latah yang keluar dari mulutnya tadi.
     “Amboi awak, tak pandai nak say sorry ke? Dah tu bantai gelak kat saya pulak..” Haikal Ijmal memanjangkan rajuknya apabila melihat Hawa Awatif masih gelakkan dirinya. Muncung seratus belas semakin ditarik.
     Ala sayang-sayang… busuk-busuk.. perkara kecik pun nak tarik muka ke??” Ijmal masih memasamkan wajahnya. Dia sudah tahu perangai Awatif, bab-bab memujuk memang terror walaupun perangainya agak kasar.
     “Okey-okey…Atif minta maaf okey? Mal nak suruh Atif buat pe? Demi Mal, Atif sanggup buat apa saja.” Hawa Awatif masih dalam mood memujuk. Dia dan Haikal Ijmal berkawan sejak tahun lepas lagi yang mana ketika itu dia terpaksa ditukarkan ke sekolah itu kerana masalah keluarga. Lelaki itu sentiasa keseorangan menyebabkan dia tertarik hati untuk berkenalan. Salam perkenalan yang dihulurkan disambut dan persahabatan mereka masih kekal sampai sekarang. Sikap Haikal Ijmal yag agak ‘sopan’ menyebabkan lelaki lain agak sukar untuk mendekatinya kerana mereka malu mempunyai seorang rakan yang agak lembut.
     “Sori jadi pencuri la..”
     “Kalau nak jadi polis?? Atif tak suka la jadi pencuri..” belum sempat Ijmal menghabiskan ayatnya kata-katanya telah dipintas oleh Awatif.
     “Hishh… tak boleh, lau nak sori leh jadi pencuri jer..” Ijmal melayan rentak pujukan Awatif.
     Ala.. tak baik la jadi pencuri, dosa la Mal. Takkan la Mal nak suruh Atif masuk neraka, Mal tak sayangkan Atif ke??”
     Ijmal jatuh kasihan melihat muka Awatif yang berubah sedih. Dia tahu itu hanya lakonan. Namun bila kesedihan mewarnai wajah itu dia rasa kesakitan yang amat sangat di hatinya. Dia harus akur, gadis itu telah mencuri hatinya.
     “Atif sayangkan Mal ke?” Ijmal cuba menduga.
     “Ofcos la atif sayangkan Mal, Mal la kawan Atif yang terbaik..” Ijmal sedikit kecewa dengan kenyataan Awatif. Namun dia tekad kerana gadis itu bukan setakat disyangi tapi dicintai. Sebelum STPM berakhir, dia akan cuba menakluki hati gadis itu, itu tekadnya. Masa yang ada tak kurang dari tiga bulan lagi. Dia akan meninggalkan gadis itu tak lama lagi, perasaannya harus diutarakan. Ijmal memegang tangan Awatif, perasaannya mendahului kata akal, mujurlah Awatif tidak naik melenting dan hanya memandang pelik kearahnya.
     “Erm.. sebab Mal jugak sayangkan Atif, Mal taknak la Atif jadi pencuri, so, Mal maafkan Atif, but with one condition…”
     “Apa dia???” Kata-katanya dipintas lagi oleh Awatif.
     “Bagi Mal habiskan ayat Mal bila bercakap boleh tak? Kan Mal kunci mulut tu baru tau…nak Mal layan mulut Atif tu?” Ujar Ijmal beserta gaya hendak mencium bibir Awatif. Awatif lekas-lekas menutup mulutnya.
     “Ish Mal nie, sejak bila pula jadi gatal dengan Atif ni? Cepat bagitahu apa syaratnya?” Muka Awatif sudah berubah merah, hatinya berdebar-debar melihat pandangan Ijmal tadi.
     “Sejak Atif dah jadi pencuri kunci hati Mal…” Ijmal melepaskan keluhan perlahan.
     “Apa dia?”
     “Erm, tak ada apa-apa la, syaratnya Atif kena teman Mal study petang nie dan esok kan hari minggu, teman Mal shopping ek?” Ujar Ijmal lalu matanya dikelip-kelipkan memohon persetujuan. Awatif tergelak dengan gelagat Ijmal walaupun hatinya masih tertanya-tanya keluhan yang didengarinya tadi. Betulkah dia telah mencuri hati pemuda itu? Pelbagai persoalan berlegar di hati dan fikirannya saat ini.
     “Sayang… boleh tak?” Ijmal mencantas lamunan Awatif.
     Entah kenapa panggilan sayang yang biasa mereka gunakan mengusik perasaannya ketika ini. Adakah dirinya juga seperti Ijmal. Tetapi dia tidak boleh terleka kerana menyedari bahawa dirinya gadis biasa manakala Ijmal anak pemilik perniagaan yang tersohor, manakan bias pipit terbang bersama enggang. Senyuman dihadiahkan kepada Ijmal.
     “Sure darling..asal orang tu belanja Atif sekali.. boleh kan?” Awatif mula menunjukkan sikap nakalnya. Ijmal hanya tersenyum.
     “Boleh saja sayang, dah jom teman Mal study.”
     “Erm, kejap Mal, Atif pohon sesuatu before Mal start study boleh tak?” Ujar Awatif perlahan serba salah. Ijmal mengangkat keningnya, saat terpandang wajah Ijmal saat itu dia diselubungi dengan perasaan indah dan berasa selamat disamping pemuda itu. Baru sekarang dia menyedari muka Ijmal dipenuhi oleh kasing-sayang untuknya.
     “Takkan la Mal nak study sambil pegang tangan Atif…” Awatif mengutarakan perkara tersebut sambil tertunduk malu. Ijmal yang menyedari kelekaannya pantas melepaskan pegangan pada tangan Awatif. Melihat diri Awatif yang tertunduk malu menyemarakkan perasaan sayangnya. Namun ditahan persoalan itu agar tidak diutarakan. Dia ingin memikat lagi hati gadis itu agar cinta darinya kukuh terpahat dihati gadis itu.
     “Sorry sayang, okey jom study.” Sengaja kalimah sayang itu disebut penuh romantik. Awatif hanya mengangguk dan melihat bukunya. Dia menelaah dengan bersungguh-sungguh dengan harapan dapat membantu ibunya kelak. Semenjak ibu dan ayahnya bercerai, dia tinggal bersama ibunya manakala abangnya tinggal bersama ayahnya bersamaibu tiri mereka. Ayahnya berkahwin dengan janda beranak dua. Jadi dia mempunyai seorang abang tiri dan seorang lagi sebaya dengannya. Tiba-tiba dia rindukan satu keluarga yang lengkap seperti dahulu. Ayah tidak mahu menceraikan ibu, namun ibu takut tidak tahan cemburu apabila bermadu, jadi ibu minta dilepaskan dengan baik. Ayah tidak dapat menghalang lagi keinginan ibu. Hanya Ijmal yang tahu kisah keluarganya. Dengan Ijmal semua kelakuannya sebenarnya terserlah. Dia senang dengan lelaki itu, tapi jika dari pandangan masyarakat, apabila melihat Ijmal yang skema dan jalannya yang tidak tegap pasti menganggapnya lelaki tidak normal. Namun di amengenali lelaki itu, lelaki itu penuh dengan jiwa romantik dan menghormati kaum perempuan. Mesti dia kesunyian tahun depan apabila Ijmal melanjutkkan pelajaran ke IPTA. Satu keluhan dilepaskan.
     “Atif.. kenapa ni?” Tanya Ijmal setelah menyedari gadis itu termenung dan mengeluh.
     “Ha? Eh, tak ada apa-apa la.” Dia cuba berdalih. Matanya dilarikan supaya Ijmal tidak dapat membaca apa yang bersarang dikepalanya.
     “Mal tahu ada something sayang… Atif.. Atif kata sayangkan Mal kan? So, apa guna Mal kat sini kalau Atif buat Mal macam tunggul kayu. Luahkan sayang apa yang terpendam tu..” Awatif pantas menyeka air mata yang mula mengalir dilekuk pipinya. Awatif hanya menggeleng, dia terharu dengan perhatian dari Ijmal. Namun dia malu untuk mengutarakannya. Akhirnya Ijmal hanya mendiamkan diri apabila melihat Awatif masih menangis, perlahan belakang tubuh Awatif diusap.

first imagination shown.


CERPEN:
~DEKAT TAPI JAUH~
Isya Rina memandang jauh kawan yang dekat jasadnya pada dirinya itu, namun dia ketahui bahawa kawannya itu terlalu jauh untuk dgapai supaya dekat dihati. Hanya dia yang terlalu seksa menahan kerinduan seorang sahabat baik. Memori semalam sentiasa mengikuti dirinya sama ada dalam mimpi atau dalam sedar.
“ Aiza dah tak mahu hiraukan lagi budak tu.. dia just kawan baik aiza dahulu dan bukan sekarang… biarlah dia.. dia dah ada orang len sekarang ni..” Isya Rina hanya tersenyum mendengar luahan Aiza. Dia terfikir adakan Aizatul Aida akan meninggalkannya apabila bertemu sahabat yang lebih baik sedangkan dia amat mengharapkan persahabatan itu berterusan.
“ Aiza… kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, semua didunia ini adalah pinjaman, tapi selagi nikmat itu bersama kita pelihara dan jagalah dia sebaiknya…kan?”
“ Erm, betul tu Isya, tak apalah, nak buat camner…” ujar Aizatul Aida lagi.
“ Eh, tu kawan baik Aiza kan? Dia mahu ke mana tu? ”
“ Erm dia ada lawatan kepimpinan dekat lumut.”
“ Owh… Eh, tapi Aiza, Aiza perasan tak yang kawan Aiza tu macam Ustaz Nizam la. Macam klon kan?” Ketawa mereka pecah serentak.
“ Ha’ah.. dia tu da gemuk sikit sekarang ni.. Nampak makin pendek..” ketawa mereka pecah lagi. Mereka memerhatikan langkah Aiman Arif sehingga bas meninggalkan perkarangan kolej.
Sesungguhnya Isya Rina tahu bahawa Aizatul Aida masih merindui temannya itu seperti mana dia merindui Aizatul Aida saat ini. ‘Erm, apakah salahku sehingga aku dilayan sebegini? Adakah aku bukan seorang teman yang baik?’ monolog Isya Rina. Perasaan rindu saat ini begitu menggebu dan memenuhi ruang hati. Namun bukan prinsipnya menghadap pada yang tidak sudi.
Kuliah hari itu berjalan seperti biasa setelah hampir dua minggu pelajar-pelajar mengisi masa cuti mereka dengan aktiviti tersendiri. Masa cuti Isya Rina terisi dengan pelbagai kenangan dan pengalaman baru. Kumpulan belajar dia semasa sekolah rendah berkumpul kembali. Sementelah Isya Rina telah mendapat lesen kereta, kemana sahaja angan- angan mereka sekumpulan, Isya Rina cuba turuti. Selagi terdaya dan ada kudrat untuk menggembirakan hati kawan-kawannya. Atien, Tiah, Riena, Aiza, Yana dan Isya ibarat isi dan kuku. Dimana ada salah sorang daripada mereka, berhampiran salah seorang itu hadir empat sekawan lagi. Mereka sering bersaing secara sihat teutama dalam pelajaran, dan Tiah selalu merangkul tempat pertama.
“ Macam mana cuti?” Isya Rina Cuma tersenyum apabila khayalannya diganggu oleh teman sekuliahnya, Husna Bakri.
“ Just fine and now I’m start to miss my family and friends back..” balas Isya dengan senyuman yang dimaniskan lagi dengan hadirnya lesung pipit disebelah kiri pipinya, kemanisan wajahnya semakin terserlah.
“ Takkan biasa-biasa je kot?” ujar Husna Bakri lagi dengan senyuman penuh tersirat dan muslihat. Isya Rina tahu apa yang tergambar disebalik senyuman itu. Tapi mustahil perkara sebegitu akan berlaku dalam masa yang singkat dan dia masih belum bersedia kearah itu.
“ Awat? Hang nak tau pasal Shahril Ezani ka?” Isya Rina cuba menerokai fikiran kawannya itu. Shahril Ezani adalah saudara jauh yang datang merisik khabar perihal dirinya yang sudah berpunya atau belum. Isya Rina masih tidak memikirkan perkara itu. Sememangnya bukan masalah berkahwin pada usia muda bahkan dapat mengelakkan maksiat. Namun mental Isya Rina masih tidak mengizinkan. ‘I’m only 19 and masih tidak terdesak untuk bersuami. Aku tahu Abang Shahril sudah 25 tahun, tapi aku masih perlukan masa.’ Monolog Isya Rina. Semenjak dua ini hatinya sering bertingkah pendapat.seperti ada suara lain yang melayan suara hati berbicara.
Melihat senyum kambing yang dihadiahkan oleh Husna Bakri telah menjawab persoalan yang sejak tadi bemain dikepalanya.
“Erm, da agak dah. The answer is no! I can’t accept him not because of him… but cause of me, myself.. I’m not ready yetUnna. I don’t want to make anybody especially him be so dispointed because ofme.” Senyuman yang lahir dari seulas bibir itu menyejukkan hati Isya Rina. Semakin jauh Aiza darinya semakin dekatUnna kepadanya. Salam perkenalan daripada Husna Bakri disambut baik oleh Isya Rina. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini, detik hatinya.
“You’re not ready yet or there was someone in your heart?” Tembak Husna Bakri tentang perasaan sahabatnya itu. Isya Rina kelu tidak berkata-kata. Kalau betul pun hatinya telah dimiliki namun siapalah dirinya jika hendak dibandingkan dengan lelaki tersebut. Hal merisik dan meminang semuanya dipihak lelaki. Masakan perigi ingin mencari timba walaupun ada sesetengah orang berkata zaman telah berubah. Namun kita sebagai orang Melayu harus tahu adab dan agama.
“Erm, Unna kan tahu Isya tak ada pilihan lain. Bukan dia tahu Isya ada hati kat dia, I’m not suitable with him. Isya dapat rasakan banyak halangan kalau kami bersatu.” Tanpa sedar Isya Rina mengeluh memikirkan situasi dirinya sekarang.
Unna tahu, tapi Isya kena ingat, jangan tamak dalam mengumpul kekayaan..begitu juga dengan kasih sayang, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.”
Isya Rina hanya mengangguk. Dia akur andai jodohnya dengan Shahril Ezani, namun buat masa ini hatinya masih belum dapat menerima kehadiran lelaki itu. Mungkin suatu hari nanti. ‘Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini dalam menyelesaikan masalah berkaitan hati ini, bimbinglah aku ke jalan yang sentiasa dalam redhaMu. Semoga aku sentiasa dalam perhatianMu. Amin.’ Doa Isya Rina didalam hati, sesungguhnya dia tidak dapat mengawal rasa hatinya sendiri andai imannya tipis terhadapNya.
Sedar tidak sedar hampir setahun masa sudah berlalu. Isya Rina kini sah sebagai tunangan Aiman Arif. Rupa-rupanya dirinya tidak bertepuk sebelah tangan, namun hubungannya dengan Aizatul Husna semakin renggang. ‘Adakah aku silap mentafsir hubungan Aiza dengan Aiman?’ persoalan itu sering bermain dimindanya. Namun bukan mudah untuk berkorban. Fikiran Isya Rina menerawang pada episod hari pertunangannya.
“Betul nie Isya nak mak terima pinangan ini?” Tanya Puan Aminah pada anaknya itu.
Isya Rina mula dapat menerima hakikat bahawa bukan jodohnya dengan Aiman Arif. Shahril Ezani terlalu baik padanya. Apa salahnya berkorban andai itu dapat memberi kebahgiaan kepadanya.
“Ye mak, lau mak restu, mak terimalah pinangan dia mak.” Isya Rina menyatakan persetujuannya dengan linangan air mata. Dia berdoa semoga jodoh ini yang terbaik buatnya. Puan Aminah mengangguk, lalu melangkah pergi. Tidak lama selepas itu Puan Aminah kembali kesisi anaknya merapikan solekan dan pakaian anaknya. Hari itu turut dilangsungkan majlis pertunangan. Saat kaki bakal mertuanya melangkah kebilik, Isya Rina hilang punca.
“Mak Cik Hasnah??”
Isya Rina memandang Puan Aminah, senyuman Puan Aminah melegakan hatinya. Sesungguhnya hati seorang ibu terlalu memahami kehendak anaknya. Saat jari manisnya disarungkan cincin, air mata kegembiraan menghiasi pipi, namun kenapa masih tiada kebahagiaaan di hatinya.
“ Ha mak cik, melamun ape?”
Isya Rina hanya berisghtifar, terkejut dengan sergahan daripada Husna Bakri. Nasib baik dia tiada lemah semangat. Namun dalam beberapa hari ini dia sering berasa tidak berapa sihat. Sakit pinggang sering menjenguk dirinya. Apabila melihat Husna Bakri masih menantikan jawapan daripadanya lantas dia menghadiahkan seulas senyuman manis.
“Tak ada apa-apa la, I’m just miss my old best friend dan Isya tiba-tiba teringat dekat Abang Ezani. Apa khabar dia sekarang?”
Jawapan daripana Isya Rina menyebabkan Husna Bakri terlopong seketika.
“ What? Abang Ezani? Isya ingat Abang Ezani, bukan Aiman?”
Isya Rina hanya memandang kekalutan yang melanda diri kawannya itu. Sememangnya dia sedang memikirkan tentang Shahril Ezani. Apabila fikirannya menerawang kepada Aizatul Aida secara automatik Shahril Ezani menerpa ke mindanya.
“Ha’ah, tak tahu kenapa! Mungkin perasaan bersalah masih membelengu hati Isya kot or selama ni Isya dah mula sayang dia tapi masa tu hati ni masih mengharapkan Aiman tak?”
Terang Isya Rina kepada Husna Bakri. Mereka sama-sama termenung, perasaan Isya Rina berbelah bahagi. ‘Mungkin aku patut lakukan istikharah.’
“Abang tolonglah jangan tinggalkan Isya bang… abang kata abang sayang Isya, tapi kenapa abang tetap akan tinggalkan Isya selepas sepenuh hati Isya serahkan pada abang.”
Kata-katanya itu Cuma disambut dengan senyuman yang manis. Tiba-tiba tangan itu menghulurkan tangannya untuk membantu Isya Rina berpaut. Isya Rina menarik nafas lega, apabila dirinya sudah beriringan ke suatu arah, tiba-tiba satu kereta meluncur laju ke arahnya. Sekali lagi tangan itu memaut dan menolak tubuhnya menyebabkan dia selamat dan lelaki itu menghilang disebalik kereta tadi. Isya Rina mula panic.
“Abang!!!!”
Rasa selamat berada disisi lelaki itu tidak lama, tiba-tiba dia ternampak sekujur tubuh terbaring diseberang jalan, tiada kereta lain melalui jalan itu lagi. Isya Rina bangun dan menapak laju kearah badan tersebut. Apabila Isya Rina menghampiri lelaki itu tersenyum kearahnya, wajahnya tenang.
“Wahai isteriku yang disayangi, ketahuilah sayang, abang bahagia disisimu dan abang rela pergi dulu andai nyawa abang ditarik ketika abang berada disampingmu. Selagi abang hidup abang akan menjagamu.”
Isya Rina mencium kedua belah kening suaminya. Perasaannya tenang dan tiba-tiba tubuh itu hilang daripada pandangan matanya.
“Abang….”
Isya Rina menghampiri Husna Bakri yang mana ketika itu sibuk melayan beberapa orang kanak- kanak di taman permainan. Perlahan dan penuh sopan dia melangkah. Apabila Husna Bakri menyedari kehadirannya dia menghadiahkan seulas senyuman.
“Eh, awak datang dengan siapa Isya?”
Isya Rina menunjukkan tangannya kearah sesusuk tubuh lelaki. Husna Bakri tersenyum melihat lelaki itu. Dia bahagia andai rakannya itu bahagia. Setelah hampir dua tahun selepas Isya Rina mengalami mimpi yang membuatkan dia mebuat keputusan mendadak. Dia terfikir memang benar jodoh pertemuan ditangan Allah. Mereka sudah hampir setengah tahun menghabiskan ijazah masing-masing. Sementara menunggu pekerjaan, Husna Bakri menolong ibunya di Taman Asuhan Kanak-kanak Kaseh. Manakala Isya masih belum memikirkan untuk bekerja, suaminya menegah dia bekerja buat sementara ini sementalah dia sedang berbadan dua. Suaminya kata masih larat menanggung dirinya dan sepuluh orang anak lagi. Mengingati kata-kata itu membuatkan dia tersenyum bahagia.
“Eh, boleh tersenyum pula dia ni, hai mak buyung.. suami depan mata pun boleh teringat dekat orang lain ke?” Ujar Husna Bakri.
“Tidak adalah, Isya sekarang bahagia disisinya dan tidak pernah terfikir pasal orang lain pun Unna. Isya bertambah bahagia bila Isya dengar Aiza dan Aiman tak lama lagi pun akan bersatu, dan yang paling bahagia Aiza dan Unna sekarang sentiasa dekat tapi jauh.”
Husna Bakri merenung dan cubamenterjemahkan kata-kata yang keluar dari mulut Isya Rina. Mukanya berkerut sehingga dahinya menimbulkan beberapa garis halus.
“Dekat tapi jauh?” Tanya Husna Bakri tidak memahami maksud kata-kata Isya Rina tadi.
“Yalah, dulu Aiza dekat dengan Isya tapi jauh dari hati, tapi sekarang korang berdua jauh dari Isya tapi sentiasa dekat dihati Isya. Isya bahagia dengan perasaan ini.”
Anggukan dari Husna Bakri bersama senyuman penuh makna menyebabkan Isya Rina pula kehairanan. Tapi akhirnya satu ciuman dilepaskan kepipiku membuatkan aku ketawa dengan telatahnya itu.
“Isya… awaklah kawan orang dunia akhirat, insyaAllah.” Isya Rina tersenyum dan mengangguk menandakan perkara yang sama juga ingin diucapkan.
“Amboi, dah jumpa kawan dia abang pun tidak dipedulikan.” Intonasi suara yang kononnya suaminya itu sedang merajuk dan minta dipujuk menyebabkan Isya Rina dan Husna Bakri ketawa serentak. Isya Rina mendekati suaminya apabila melihat suaminya menarik muka kerana dirinya diketawakan.
“Abang… sifat abang macam inilah yang selalu buatkan Isya sentiasa merindui abang, tapi tiada apa yang dapat buat Isya bertambah bahagia selain melihat abang tersenyum. Senyumlah sikit bang..”
Husna Bakri tidak dapat mendengar perbualan pasangan suami isteri itu apabila Isya Rina hanya membisikkan kata-kata itu dekat dengan suaminya. Namun apabila melihat senyuman bahagia terukir dibibir lelaki itu, dia tahu, Isya Rina sedang memujuk suaminya itu.
“Oit, jangan lupa saya masih ada kat sini ek. Tengok kata dekat dihati tapi baru sekejap dah lupa.” Husna Bakri sengaja mengusik kawannya itu.
“Alamak, dua-dua dah merajuk la.” Isya Rina pura-pura hilang arah menyebabkan dua orang yang amat dia sayangi itu tersenyum dan ketawa bahagia.
Isya Rina bersyukur dan bahagia sekarang. Dia bersyukur kerana memberi petunjuk dengan menganugerahkan Shahril Ezani sebagai suaminya. Dia bahagia sekarang. Terima kasih ya Allah. ‘Sentiasalah berkati hambaMu ini dan bimbinglah hambaMu ini supaya sentiasa taat disisiMu dan disisi suamiku. Semoga bahagia sentiasa disampingku dan orang-orang yang aku sayangi.’ Doa Isya Rina didalam hati dan dia menghadiahkan suaminya dan Husna Bakri satu senyuman yang penuh dengan bunga-bunga bahagia. Mereka melangkah kedalam nursery apabila Ibu Kaseh menjemput mereka minum bersama-sama.
~TAMAT~